Diet rendah natrium

Diet atau pemakanan rendah natrium ialah sejenis diet yang mengandungi antara 1500 hingga 2400 mg natrium sehari.[1] Dalam percakapan seharian, perkataan "garam" lebih biasa digunakan berbanding "natrium" untuk merujuk kepada perkara yang sama. Namun dari segi bidang pemakanan, kedua-duanya berbeza di mana natrium ialah sejenis unsur kimia dan garam ialah sejenis bahan masakan.Manusia perlukan sekurang-kurangnya 500 mg natrium sehari,[2] iaitu seperenam daripada banyak hidangan yang menggunakan garam "secukup rasa". Untuk sesetengah orang dengan masalah tekanan darah atau penyakit sensitif terhadap garam seperti penyakit Meniere, pengambilan garam yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.